Selasa, 16 Februari 2010

Pelaburan dan takaful....

  1. Hari ini tergerak hati untuk berfikir mengenai pelaburan jangka panjang dan keperluan takaful.
  2.  Ianya merupakan suatu perkara yang penting untuk jangka panjang.
  3. Apabila memperkatakan mengenai kedua-dua perkara ini. Minda negatif mengatakan penipu. Memang betul ada pelaburan yang menipu (skim cepat kaya) dan tidak dinafikan ada sesetengah dari agen takaful ini menipu. 
  4. Sebelum ditipu, adalah baik sekiranya kita memastikan kesahihan sesuatu pelaburan dan kejujuran agen tersebut. Mungkin lebih baik menguruskan takaful di pejabat cawangan atau ibupejabat terus tanpa melalui agen dan adalah lebih baik menyiasat sesuatu pelaburan itu adakah ia dibenarkan beroperasi oleh agensi kerajaan dan syariah (pada yang Islam).
  5. Mungkin kesedaran untuk melabur ada tetapi mungkin sikap sesetengah dari mereka untuk menangguh-nangguhkan dahulu untuk melabur kerana mungkin merasakan ianya tidak perlu.
  6. Tetapi pada mereka yang nampak kesan pada jangka panjang, semakin lambat melabur semakin rendah hasil yang dikutip apabila tempoh matang telah tiba. 
  7. Oleh itu ada antara mereka sanggup melabur seawal usia 20-an lagi bagi memastikan keuntungan boleh dicapai.
  8. Ada juga para ibubapa melabur untuk pendidikan anak-anak mereka dan ada yang mula melabur seawal usia anaknya setahun dan mungkin lebih awal. Mereka mula nampak kos pendidikan anak-anak semakin meningkat seiring dengan peredaran zaman. 
  9. Adakah anda telah mula melabur? Adakah anda melabur ditempat yang betul? 
  10. Perlindungan takaful juga merupakan satu perkara yang penting pada masa kini.
  11. Ramai yang tidak mengetahui insurans berkelompok hanyalah menjanjikan satu perlindungan. Tidak kepada simpanan.
  12. Mungkin insurans kelompok tersebut menjanjikan rm50,000 tetapi jika anda mendapat kemalangan ditempat kerja. Jika anda sihat sehingga anda pencen, tidak dapat apa-apalah.. 
  13. Cari agen yang bagus untuk membeli polisi takaful. Ia akan memudahkan anda dalam berurusan jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
  14. Pastikan polisi takaful menepati dengan apa yang anda kehendaki.
  15. Adakah insurans kenderaan anda cukup untuk menampung diri anda yang mungkin cedera dan kenderaan anda yang mungkin rosak akibat kemalangan? (mintak dijauhkan...)
  16. Soalan terakhir kepada anda.. Adakah takaful dan pelaburan yang anda beli berlandaskan hukum syariah dan hukum islam?

Khamis, 11 Februari 2010

Disebalik Empangan Klang Gates...

  1. Mungkin ada yang menyedari akan kewujudan Kg Klang Gates Baru/Baharu tapi adakah wujudnya Kg Klang Gates Lama.. Sudah tentu ada dan kini berada didasar Empangan Klang Gates.
  2. Percaya atau tidak terpulang.. tapi itulah yang dikatakan oleh rakan saya yang mana datuk dia pernah menetap di Kg Klang Gates Lama yang kini berada di dasar empangan tersebut.
  3. Berdasarkan penceritaan dia.. dipercayai masih terdapat bangunan sekolah dan kubur-kubur yang kini berada di dasar empangan tersebut.
  4.  Dia memberitahu saya yang terdapat satu papan tanda yang menceritakan sejarah tempat itu sendiri..
  5. Dia juga mencabar saya untuk menyelam dan melihat sendiri keadaan kampung tersebut yang telah tenggelam itu. Tetapi saya mampu tersenyum sahaja sebab saya manalah tahu berenang.. apetah lagi menyelam.. 


Jumaat, 5 Februari 2010

Pamerann Koleksi Khas YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

 


  1. Satu pameran koleksi khas peti besi YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj akan diadakan di Rumah Merdeka, Alor Setar, Kedah.. 
  2. Ia dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia, salah satu jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
  3. Ia akan diadakan pada 7 - 28 februari 2010 dan merupakan satu tarikan baru kepada Rumah Merdeka dimana YTM Tunku pernah tinggal disana.
  4. Datanglah beramai-ramai untuk melihat sendiri koleksi tersebut.
  5. Beberapa gambar mengenai koleksi tersebut pernah saya paparkan pada entri sebelum ini