Isnin, 30 November 2009

Korban dan...

pagi nie saya mengikuti acara korban di pejabat saya.. 6 ekor lembu dimana ada beberapa bahagian adalah aqiqah.. saya pun x pasti brape bahagian korban dan brape bahagian tuk aqiqah.. yang penting keje kena selesaikan.. Dengan berbekalkan 3 bilah pisau.. (2 pisau potong bawang.. wawawa.. dan sebilah pisau pemotong daaging kot..) dan batu asah saya pun pergi ke pejabat.. (kerja-kerja korban nie dilakukan di kawasan pejabat saya)..

Melihat gelagat lembu membuat saya terfikir sesuatu.. ada yang seolah-olah pasrah.. ada yang melawan.. x kurang ada yang terkena tendangan kaki lembu tersebut. (mcm sakit aje tapi tgk pakcik sorang 2 mcm ok aje)... Adakah terdapat mekanisme ataupun teknik tertentu untuk memastikan cara menjatuhkan lembu itu tidak menyakitkannya... Kita sudah sedia maklum cara penyembelihan terbaik adalah yang diajar oleh Islam.. Tidak menyakitkan dan cepat matinya.. (tidaklah terseksa sangat haiwan yang disembelih berbanding kaedah-kaedah lain..)...

Dari cerita seorang pakcik itu.. dia menceritakan bahawa di Kemboja hanya 2 orang SAHAJA diperlukan untuk menyembelih lembu.. seorang tukang sembelih dan seorang lagi tukang pegang (dan menjatuhkan haiwan tersebut (Lembu tau bukan kambing).. Mungkin kita boleh belajar sesuatu disitu.. Bagaimana caranya menjatuhkan haiwan tersebut..


Mungkin kita perlu "bercakap" dengan haiwan korban tersebut sebelum dikorbankan... Salah satu cara untuk menenangkan haiwan tersebut.. Tidak salah rasanya kerana dalam Islam sendiri. haiwan, pokok batu, gunung dan ganang berzikir kepada Allah.. Tidak mustahil mereka paham apa yang kita katakan.. cuma kita sahaja yang tidak paham apa yang haiwan perkatakan.. (kec Nabi Sulaiman dimana salah satu mukjizatnya memahami percakapan haiwan).. Mungkin ada sesetengahnya menganggap yang kita nie gila.. bercakap dengan haiwan.. Itu persepsi mereka... terpulang pada dia hendak mempercayainya ke tidak.. Pada saya semua benda yang ada didunia ini ada rohnya tersendiri..maksudnya semua berasal dari sesuatu yang hidup..

p/s: gambar xdelah.. xdan nak amik ngan tangan penuh ngan darah daging korban.. heeee

Selasa, 24 November 2009

Bagaimana boleh terjebak dalam dunia OSS....

Ahad pagi yang lalu (22hb Nov 2009.. semalamlah 2...) saya telah berjaya menaiktaraf OS Ubuntu dari 9.04 (Jaunty Jakalope) ke Ubuntu 9.10 (Karmic Koala)... dengan menggunakan fungsi update manager aje.. (nak teroka lebih2 x dan lak.. keje bersepah2... hahahaha)

mengambil msa yang agak lama gakla tuk upgrade... (1000++ fail tuk donlod.. banyak 2).. sepanjang malam saya membiarkan laptop saya idup untuk memastikan proses menaiktaraf berjalan dengan lancar.. bangun pagi da siap dimuat turun dan proses menaiktaraf dijalankan...

Setiap versi baru ubuntu saya update.. sejak terinstall secara tidak sengaja pada penghujung 2008... (guna wubi dan ketika itu versi 8.04 (Hardy Heron).. skrang guna dualboot aje.. heee)

Bagaimana saya  boleh terjebak dalam dunia open source?
saya  telah lama tahu tentang open source dari internet, forum dan sewktu dengannya.. pc di rumah saya juga hampir 70 % menggunakan free ware dari office suite hingga ke antivirus... tapi tidak ke OS yang percuma kerana masih belum bersedia untuk berpindah ke sana...

Pada suatu hari di suatu forum ada sorang member ni menyarankan untuk menginstall wubi.. satu perisian yang diinstall ke dalm windows tetapi kita boleh akses ubuntu dari situ.. tidak perlu repartitioning dan sewaktu dengannya.. jika da bosan boleh uninstall terus dari add/remove... x yah format...
saya pun menggunakan wubi tersebut sehingga bulan 6 tahun 2009...  dan ketika itu wubi yang saya guna crash... (bantai defrag hdd trus crash wubi.. x jmpa da...wakakakka).. Disebabkan bengang y teramat sngt.. bulatkan tekad... tetapkan azam trus masukkan cd ubuntu 8.04 dan trus buat dualboot.. Alhamdulillah.. x susah rupanya nak wat dualboot.. senang aje... huhuhu... sehingga sekarang saya metakkan 50gb tuk linux ubuntu dan selebihnya tuk windows (kes kaki gamela nie... huhuhu)

Khamis, 19 November 2009

Disebalik kemalangan itu....

Pagi ini ketika saya ke tempat kerja.. (agak lewat daripada biasa kerana terlajak tido da... huhuhu) jalan agak sesak seperti biasa dan apa yang menarik perhatian saya dan pemandu lain adalah berlakunya satu kemalangan dimana sebuah motosikal telah melanggar sebuah kereta wira.. Pada perkiraan saya.. Motosikal tersebut ditunggang agak laju.. (berdasarkan tahap remukan pada kereta dan keadaan motor  tersebut)..

Saya terpaksa memperlahankan tunggangan saya memandangkan semakin ramai pemandu dan penunggang kenderaan mengurangkan kelajuan.. samada hendak mengelak tempat kejadian tersebut mahupun melihat kejadian itu.. (sungguh prihatin sekali rakyat Malaysia ini)...

Sepanjang perjalanan tersebut.. saya terfikir sesuatu.. saya pernah melihat beberapa motosikal yang tersadai dibahu jalan kesan kemalangan.. Cuma kali ini saya dapat melihat mangsa terbaring di atas jalanraya dan seorang polis trafik mengawal keadaan.. Apa yang saya fikirkan.. Tuhan telah memberikan saya satu peringatan.. Berhati-hatilah ketika membawa kenderaan.. Ingatlah orang yang kita sayang..

Jika kita ditakdirkan untuk "pergi" dalam kemalangan.. itu takdir yang tidak boleh diubah... sudah ditetapkan oleh Tuhan.. Adakah kita telah bersedia ke "sana"? Itu persoalan lain pula...  Apa yang saya cuba sampaikan adalah..

Adakah kita memahami maksud yang tersirat disebalik apa yang telah berlaku atau apa yang kita lihat atau apa yang kita rasa sepanjang kita hidup ini?? Adakah kita bersikap butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut? 


Tuhan sentiasa memberi peringatan dalam pelbagai bentuk cara.. Cuma bagaimana cara kita memahami maksud disebaliknya.. Tidakkah kamu berfikir??

Ahad, 15 November 2009

Tandas dan Mentaliti...


Apabila kita bercerita mengenai tandas.. dalam kepala kita terlintas akan ada bayaran untuk masuk tandas.. dari RM0.30 dan ada yang mencecaah RM2.00 (pusat membeli-belah terkemuka) sekali masuk.. Bayaran itu mungkin wajar dengan mengupah orang untuk mencuci tandas-tandas yang telah kita gunakan...

Saya teringat beberapa isi (bkn keseluruhan) ucapan pengetua sekolah saya dahulu mengenai isu tandas ini... Dia pernah melawat ke Kanada selama 2 minggu ke sana untuk melihat sistem pendidikan teknikal disana (rasanya.. lupa dahla)... Apa yang membuatkan dia kagum adalah mentaliti rakyat disana yang membersihkan sendiri tandas awam... ulangan.. TANDAS AWAM... setelah mereka gunakan untuk keselesaan orang lain... Tidak dinafikan ada juga mereka yang bersikap vandalisme.. tapi tidak ketara sangat seperti yang wujud di Malaysia ini...

Jika ada 1000 orang yang menggunakan tandas awam di sesuatu tempat dan 1000 orang membersihkannya.. tidak mustahil tandas awam kita akan jadi percuma.. tidak perlu lagi dibayar sebab tandas sudah sedia bersih.. untuk lantai tandas mungkin akan ada tukang cuci... Adakah kita akan mencuci lantai tandas dalam keadaan kita hensem / cun... ramai yang x nak buat tue... Tidak mustahil jika mentaliti seluruh rakyat Malaysia begini.. Jimat duit rakyat dimana peruntukan membaiki tandas-tandas yang rosak gara-gara sikap kita sendiri yang tidak tahu menghargai sesuatu benda..

Khamis, 12 November 2009

kisah sebuah bengkel motosikal di cheras...

semalam.. moto saya ada sedikit msalh.. terasa bergegar lak bla tukar gear.. member kata sprocket (org kita kata spoket) problem... bek g tukar cepat sebelum moto jem dan leh merosakkan enjin moto.. senario y teruk adalah kemalangan.. (jalan kat kl nie agak bahaya gak.. keta, lori, bas mahupun moto suma bawak laju y amat)...

ketika pulang.. terasa makin teruk.. tawakal ajela.. harap sampai ke destinasi dengan selamat... akhirnya tiba ke kedai moto.. mekanik tue tunggang moto saya tuk test samada dakwaan saya betul ke tidak dan keputusannya tepat seperti yang dijangkakan.. Chief mekanik kata " bkn setakat spoket u problem, u pnya valve (kata member bal) pun kuat gak bunyinya... timing tinggi 2)...

kemudian "kau tim" ngan die.. amik spoket y mahal sket (spoket stended aje..) .. mengenangkan moto nie tuk jalan jauh, g keje, balik kg, g kursus, outstation dan sewaktu dgnnya... kata orang lama alah membeli menang memakai... yang menarik perhatian saya chief mekanik nie OKU (orang kurang upaya)..tetapi mempunyai pengalaman yang luas dalam membaiki moto.. dengar sahaja sudah boleh agak apa masalahnya (saya nie kalo bab repair pc taula.. bab moto baru nak blaja sket2... heee).. Apa yang membuatkan saya hormat pada dia, dia akan menjelaskan satu persatu apa masalah dan cara penyelesaian.. ada sesetengah bengel die takkan cerita apa-apa pun... kita bagitau apa msalah, die tgk dan repair.. die kata siap kita bayar.. done.. x cerita apa-apa pun...

 Sesuatu y agak menarik pada bengkel tersebut, perkhidmatan yang diberikan.. jika kita tukar minyak enjin ( minyak itam kata orang).. mereka akan memeriksa keseluruhan moto tersebut.. memastikan moto dlaam keadaan optimum.. mcm ketatkan rantai , ketatkan valve, blow angin pada brek (moto saya gna disk brek, oleh itu adah habuk y tertnggl pada pad brek itu).. dan suma "value add service" percuma.. ada sesetengah kedai moto y saya pergi tidak menyediakan perkhidmatan ini.. bila diminta barula nak wat... disebabkan itu, saya pergi bengkel lain.. heee...

Setelah selesai, suma sekali RM 80... RM65 utk spoket RKM dan RM15 utk cuci karburator moto yang tersumbat (no wonder timing tinggi ngan minyak cpat abis)... heeee...

Sekian...
moral of the story:
  •  Semakin tinggi ilmu yang kita ada, kita merendah diri dan selalu membantu mereka yang memerlukan, semakin kita dihormati dari orang yang bodoh sombong..  cerita lebih tapi isi kosong.. 
  •  Perkhidmatan yang baik yang mana memuaskan pengguna menjadikan sesuatu perniagaan itu semakin maju.. (ramai yang tahu perkara ini tapi ada diorng kisah (pnjam ayat dari awek saya... heeee). 

Isnin, 9 November 2009

Keluarga 69.. Adakah ada penyelesaian??

Satu malam yang hening.. seorng jiran di rumah saya y tnggl di tngkat 4 rasanya (dok apartmen) mengajak saya kluar menum.. sambil borak2 kosong.. ketika itu saya xde wat ape2.. saya pun bersetuju... sambil menunggu yang lain turun, bersembang-sembangla seketika sblm ke warung...

Brother 1: P.Ramlee ada tinggalkan kita 1 masalah y lum ada penyelesaian.. Kiub rubik ko (sayala 2) ada penyelesaian tau...
Brother 2: ape die?
Brother 1: Keluarga 69... sapa leh selesaikan...
Saya: Betul juga... ada 2 keluarga.. masing-masing da bercerai..  mereka bertiga berkahwin dan bertemu dalam keadaan yang x dijangka..
Brother 2: tau xper... camana nak selesaikan 2.. mak panggil anak ibu??
(suma tergelak memikirkan)

Saya: "blur sambil menggodek kiub rubik"...
Brother 3: itulah p.ramlee.. memikirkan sesuatu di luar jangkauan kita... sedangkn sidang dibawah pokok p.ramlee da wat dlu (laksamana Do Re Mi).. gigit telinga y mike tyson wat.. p ramlee da wat da dulu.. (Nasib Labu-Labi)...
Brother 2: Jomlah g minum...

Kitorang pun mengangkat kaki tuk ke warung... dalam fikiran saya... manalah P.Ramlee dapat idea 2...

Agak membingungkan dalam memberi gelaran apabila perkara sebegini terjadi.. saya percaya perkara ini ada terjadi dalam kehidupan realiti kita...

p/s: sesapa ada cara penyelesaian die.. nak juga saya tahu... :D

Ahad, 8 November 2009

Disebalik Perlawanan Akhir Piala Malaysia...

Saya mengikuti perlawanan akhir Piala Malaysia melalui skrin gergasi di Dataran Merdeka sambil bertugas.. Saya tidaklah fokus 100% perlawanan tersebut kerana agak sibuk dengan tugas saya didataran merdeka (Laman Budaya Rakyat)... Semua rakyat Malaysia telah tahu bahawa N.Sembilan (skuad rusa) telah mengalahkan skuad Kelantan ( skuad Pelanduk) 3 - 1.. Perlawanan boleh tahan dimana ada beberapa aksi shaolin soccer berlaku.. ramai gak pemain kedua-dua pasukan nie "terbang" dan selalunya apabila "terbang".. kekasaran akan berlaku... Kad naik.. rasanya xde kad merah dilayangkan...

Saya meletakkan harapan bahawa tiadalah insiden tidak diingini berlaku sepanjang perlawanan tersebut namun jangkaan saya jauh panggang daripada api.. Penonton membaling botol air ke padang, membaling objek keras (terkena jurukamera - kata kawan saya).. membakar mercun dan paling teruk sekali membakar kerusi penonton (kes vandalisme nie)... jadi isu utama nie 2 - 3 hari akan datang...

Bak kata kawan saya dlm facebook:

Bkn sng wei nk mlngkah msuk ke final bolasepak tempatan & mjulang Piala Malaysia... Kelantan (40thn),NS(61thn). Kot klu teruja pun,jgn la sampai ilang kewarasan & sopan-santun. Smpi dok bakar mercun, cederakan org lain, musnahkan harta benda... Kalah menang kan adat permainan. Nape xleh terima hakikat? X cukup dlm stadium bikin huru-hara, smpi ke luar plak berlarutan...HK


Agak mengecewakan kerana kempen "Budi Bahasa budaya Kita" masih tidak berkesan kepada sesetengah rakyat kita yang emosional... Apabila emosional mengambil tempat rasional.. banyak perkara negatif akan berlaku... Adat bertanding ada yang kalah dan ada yang menang (jika seri maknanya kedua-dua pasukan tidak kuat.. kerana tidak mampu mengatasi antara satu sama lain - kata guru saya).. Satu Malaysia amat kecewa dengan tindak-tanduk sesetengah daripada penyokong tersebut... Jika mereka dapat ditahan dan dihukum, bagi hukuman kerja komuniti 200 jam dengan memakai baju warna yang menarik perhatian.. Biar insaf sket... (kejam gak hukuman itu...)

Selepas ini diharapkan penyokong Kelantan (yang bersikap emosional) bersikap matang ketika distadium mahupun diluar stadium.. jangan sampai perlawanan diadakan tanpa penyokong sudah... Bak kata pepatah Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... kan da rugi tue...

p/s: agaknyalah... ape yang sedang berlaku di Kelantan ketika ini.?.. Huru hara seperti distadium tadi ke??? 

Disebalik Laman Budaya Rakyat 2..

Minggu ke 3 Laman Budaya Rakyat anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Karyawan telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.. (macam berita lak.. kehkehkeh)

Agak menarik pada minggu ini kerana DJ radio Muzik FM ada bersama dan dipancarkan secara lansung dari Dataran Merdeka... Hujan lebat dipetang hari agak membantutkan kehadiran para pengunjung untuk sesi sepanjang petang... Pada waktu senja, kehadiran Menteri KPKK Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim menjadikan suasana semakin menarik (berapa banyak menarik da).. Selain itu, acara pentas diserikan dengan beberapa tarian tradisional dan penyanyi samada dari masyarakat India, Melayu dan Cina telah diadakan dipentas utama (mungkin kot sebab ada 1 lagi pentas disebelah hujung dataran..)..


Gambar 1: Dr Rais Yatim bermesra dengan pemain muzik tradisional (gambar blur, nmpk sgt aku nie amatur).

Berbanding pada minggu pertama, kehadiran para pengunjung semakin bertambah terutama sekali pada waktu malam.. Minggu ini agak kurang sedikit agaknya kerana ada perlawanan akhir Piala Malaysia antara N.Sembilan dengan Kelantan.. Sempat juga melihat pada skrin gergasi di Dataran Merdeka sambil mendengar persembahan beberapa penyanyi dan hujan renyai-renyai di malam hari yang semakin lama semakin lebat.. (x sedar ujan makin lebat sbb pakai sweater ngan topi pancing.. topi kebun pun ia gak)

Gambar 2: Mendung menjelang dipetang hari...

Datanglah beramai-ramai ke Laman Budaya Rakyat, banyak cenderahati percuma disediakan seperti Bernama TV memberikan T-Shirt, Pelekat kereta, topi dan payung kepada para pengunjung yang hadir ke booth mereka. Tidak ketinggalan Arkib Negara Malaysia memberi cenderahati percuma kepada pengunjung yang berjaya menjawab kuiz yang mana jawapannya ada di depan mata anda.. (Poster yang dilekatkan).. Selain itu Bahagian Pengurusan Acara (dari Kementerian nie) juga memberi cenderahati kepada pengunjung yang telah menyiapkan survey yang mereka berikan.. Baru 3 booth, ada lagi beberapa booth yang memberi cenderahati kepada anda.. Datanglah beramai-ramai ke sana...

Ahad, 1 November 2009

Takut Gagal???

Gagal... ramai yang masih taboo dengan perkataan 'GAGAL'. Kita tidak sepatutnya takut untuk gagal kerana tanpa kegagalan, tidak akan wujud kejayaan dan tanpa kegagalan, kita tidak akan tahu sejauh mana tahap kita. Kita akan rasa 'bosan' jika kita terus berjaya tanpa merasai apakah nikmat kegagalan.

Thomas Edison telah menunjukkan pada kita bahawa kegagalan bukan suatu penghalang. Dia sendiri telah berkata "kita tidak gagal dalam mencipta lampu tetapi kita tahu 999 cara untuk tidak membuat lampu". Jangan kita patah semangat apabila kita gagal. Bangun semula dan terus berusaha. Orang lain boleh maju kita pun boleh. Jangan putus asa dan ingatlah pepatah ini "If you fail to try, you try to fail"

Muhasabah diri akan sebab musabab kegagalan kita. Insya-Allah kita akan nampak di mana puncanya dan perbaikilah kerana ORANG YANG TERBODOH DIDUNIA ADALAH ORANG YANG MELAKUKAN KESILAPAN YANG SERUPA DAN TIDAK MAHU MENGAMBIL PENGAJARAN ATAS KESILAPAN YANG LALU. Minta maaflah banyak-banyak sebab ada perkataan yang kurang enak....

Sentiasa motivasikan diri dan ingatlah seteruk mana pun kegagalan yang kita alami, masih ada insan lain didunia ini yang mengalami nasib yang lebih teruk lagi dari kita. Dan bangkitlah dengan azam yang baru bahawa kita boleh berjaya dan mampu menandingi orang lain yang telah berjaya. Pastikan kejayaan anda didunia menjadikan anda jutawan diakhirat kelak.. Tiada gunanya kita kaya didunia tetapi miskin diakhirat...